Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut surat khabar Zeit, Polis Jerman telah melancarkan operasi besar-besaran yang melibatkan ratusan anggota polis di 10 buah wilayah di negara tersebut. Di dalam operasi itu, para pegawai polis berusaha mencari bahan bukti yang menunjukkan pertubuhan 'True Religion (Agama Yang Benar)' menyebarkan fahaman Islam radikal di 10 wilayah terbabit.
Menurut Kementerian Dalama Negeri, operasi yang dilancarkan pada hari Selasa itu melibatkan operasi mengumpul bahan bukti ke atas pertubuhan Islam fundamental, 'True Religion'.
"Pihak polis mula melancarkan operasi ke atas sebuah pertubuhan salafi di seluruh negara pada jam 6.30 pagi. Maklumat selanjutnya akan dibekalkan pada jam 9.00 pagi," kata kementerian tersebut dalam akaun laman sosialnya.
Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere dilaporkan telah mengharamkan pertubuhan 'True Religion' di dalam wilayah negara itu. Pertubuhan itu dituduh giat menyebarkan fahaman Islam radikal (salafisme).
15 November 2016 - 09:11
News ID: 792062
Menurut surat khabar Zeit, Polis Jerman telah melancarkan operasi besar-besaran yang melibatkan ratusan anggota polis di 10 buah wilayah di negara tersebut.